Akaun Twitter rasmi untuk siri permainan Hitman hari ini mengeluarkan kuciran memperacahkan sasaran baru untuk Hitman akan tetapi kandungan tersebut hanya dikongsi-kan dengan lebih lanjut pada 7 Jun 2018.

Disebabkan permainan Hitman terbaru merupakan permainan yang dibahagikan kepada beberapa episod ramai yang tertanya sama ada kandungan baru tersebut merupakan episod terbaru atau musim terbaru ataupun satu permainan Hitman yang baru.

Menariknya, pengguna Twitter Wario64 menjumpai logo Hitman 2 di laman Warner Bros iaitu penerbit yang baru sahaja dipilih oleh IO Interactive untuk menerbit siri permainan Hitman. Logo tersebut kini sudah dibuang akan tetapi membuatkan ramai yang menjangkakan pengumuman pada 7 Jun nanti adalah untuk permainan Hitman yang baru tetapi pada masa sama ia juga boleh menjadi sekadar permainan Hitman musim kedua.

Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan terbaru ini. Sama-sama kita nantikan 7 Jun nanti.

Sohor Kini