Pada Mei tahun lepas Studio IO Interactive menjadi pembangun bebas selepas dilepaskan oleh Square Enix bersama dengan pemilikan untuk permainan Hitman. Sebelum ini IO Interactive mengeluarkan Hitman Game of the Year di mana mereka menerbit dan mengedarkan sendiri.
Hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Warner Bros untuk mengedarkan permainan Hitman yang akan datang. Bersempena kerjasama baru ini mereka juga mengumumkan Hitman Definitive Edition yang akan dikeluarkan pada 18 Mei 2018 untuk Playstation 4 dan Xbox One.
Hitman: Definitive Edition akan mengandungi;
- Kostum bersempena ulang tahun ke 20 IO Interactive – 3 kostum baru yang di inspirasi dari permainan Freedom Fighters, Kane & Lynch dan Mini Ninjas
- Permainan Hitman Musim Pertama – 7 lokasi dari musim pertama iaitu Pariz, Sapienza, Marrakesh, Bangkok, Colorado dan Hokkaido bersama dengan ICA Facility.
- Kandungan dari Game of the Year Edition – 4 misi dari kempen Patient Zero Campaing, tiga kontrak yang akan menyah-kunci tiga senjata besama dengan kostum Clown, Cowboy dan Raven.
- Episod Summer – misi khas ICA yang berlaku di Sapienza dan Marrakesh
- Pek Hitman Blood Money Requiem – Mengandungi kostum Requiem, dan peralatan senjata.
- Kesemua kontrak, cabaran dan kemaskini pada masa depan.
Jika anda masih tidak memiliki permainan Hitman ini sudah semestinya edisi yang menarik untuk anda dapatkan. Kami mengucapkan moga berjaya kepada IO Interactive melalui kerjasama baru ini.