Informasi Permainan Video Terkini
Avalanche Studio Mengumumkan Generation Zero Dan Just Cause 4 Tertiris
PC

Avalanche Studio Mengumumkan Generation Zero Dan Just Cause 4 Tertiris

Diterbitkan pada June 8, 2018 oleh .

Avalanche Studio tampaknya mempunyai tahun yang sibuk, baru-baru ini Bethesda mengumumkan yang Rage 2 akan dibangunkan bersama dengan mereka. Tambahan mereka juga kini di bawah payung yang baru apabila Nordisk Film kini memiliki studio mereka sepenuhnya.

Hari ini mereka mengumumkan Generation Zero iaitu permainan tembak-menembak melawan robot yang menjajah Sweden. Permainan dunia terbuka ini membolehkan pemain bertempur dengan robot secara berseorangan ataupun koperasi seramai 4 orang secara atas-talian. Permainan ini akan dikeluarkan pada tahun 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Selain itu satu lagi permainan mereka iaitu Just Cause 4 secara tidak sengaja diumumkan oleh disebabkan Steam hari ini dengan lebih awal mengeluarkan iklan untuk pra-tempah bagi permainan tersebut. Iklan tersebut tidak membawa ke mana-mana laman dan dikatakan sepatutnya dikeluarkan selepas pengumuman permainan tersebut di E3 nanti.

Selepas Just Cause 2 kami sudah hilang minat untuk bermain siri permainan Just Cause akan tetapi Generation Zero nampak macam agak menarik, mungkinkah kita mendapat Monster Hunter dalam versi robot?


TIPS & ULASAN