Informasi Permainan Video Terkini
Nordisk Film Mengambil Alih Avalanche Studios Pembangun Just Cause dan Mad Max

Nordisk Film Mengambil Alih Avalanche Studios Pembangun Just Cause dan Mad Max

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Nordisk Film merupakan syarikat penerbit filem berasakan di Denmark yang baru sahaja menubuhkan Nordisk Film Games iaitu cawangan syarikat yang melakukan pelaburan untuk syarikat-syarikat pembangun permainan video.

Antara syarikat yang dilabur adalah Flashbulb Games, Kogama dan Reto Moto. Kini dengan pembelian sebanyak $86 juta mereka menjadi pemilik penuh kepada Avalanche Studios yang membangun permainan seperti Just Cause, Mad Max dan baru-baru ini dengan kerjasama bersama Bethesda untuk membangunkan Rage 2.

Menurut ketua pengarah eksekutif Avalanche Studio Pim Holfve, tawaran yang diterima dari Nordisk Film adalah satu tawaran yang tepat, pada masa yang baik dari syarikat yang sesuai. Disebabkan itu dengan mudah mereka menerima.

Tambah beliau lagi, Nordisk Film tidak akan melakukan sebarang perubahan dan akan membenarkan Avalanche Studio untuk beroperasi seperti biasa. Dari segi warga kerja juga tidak akan ada sebarang perubahan.


TIPS & ULASAN