Trailer Teknik Permainan Untuk Rage 2 Dikeluarkan

Pada awal minggu ini, Bethesda mengeluarkan trailer pengumuman untuk permainan Rage 2 selepas beberapa kali di acah. Hari ini mereka mengeluarkan trailer yang memperlihatkan teknik permainan.

Melalui trailer ini, diperlihatkan lagi fokus permainan ini iaitu berbentuk penembak pandang pertama dunia terbuka yang mana pemain berupaya untuk mengembara dimana-mana sahaja, menembak apa sahaja dan meletupkan pelbagai benda.

Selain itu mereka juga mengumumkan permainan ini dibangunkan dengan kerjasama antara id Software yang mengeluarkan permainan seperti DOOM dan Avalanche Studio yang mengeluarkan permainan seperti Just Cause dan Mad Max.

Bagi anda yang meminati permainan Rage ataupun permainan berbentuk pasca-apokaliptik, anda mungkin akan berminat untuk mencuba permainan ini yang mana ia diumumkan bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One dan PC pada tahun 2019.

Sohor Kini