Informasi Permainan Video Terkini
Pokemon: Let’s Go Memerlukan Langganan Nintendo Switch Online Untuk Bermain Di Atas Talian

Pokemon: Let’s Go Memerlukan Langganan Nintendo Switch Online Untuk Bermain Di Atas Talian

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Pokemon: Let’s Go yang diumumkan akan tiba pada 16 November 2018 nanti akan mempunyai permainan di atas talian iaitu pemain boleh bertempur dan menukar Pokemon mereka.

Disebabkan servis Nintendo Switch Online akan bermula pada September nanti, ramai pemain yang tertanya sama ada permainan ini memerlukan langganan servis tersebut untuk bermain secara atas talian.

Hari ini, The Pokemon Company melalui Gamespot mengatakan yang langganan Nintendo Switch Online diperlukan jika pemain ingin menggunakan fungsi atas talian yang ada di dalam Pokemon Let’s Go.

Tambah mereka lagi, Pokemon: Let’s Go akan disertakan fungsi atas talian untuk bertempur dan bertukar dengan pemain lain akan tetapi fungsi ini adalah lebih ringkas berbanding permainan Pokemon sebelum ini iaitu tiada GTS, Wonder Trade ataupun Battle Spot sebagai contoh.

Harga langganan Nintendo Switch Online pula bermula $3.99(~RM16) untuk sebulan sehinggalah $19.99(~RM78) untuk 12 bulan. Manakala pelan untuk keluarga berharga $34.99(RM138) untuk 12 Bulan dan anda boleh berkongsi langganan ini bersama dengan 7 lagi keluarga anda.


TIPS & ULASAN