Pada Februari lepas kami melaporkan yang fungsi atas-talian untuk Nintendo Switch iaitu Nintendo Switch Online akan dikeluarkan pada September 2018 dan berkongsi beberapa maklumat mengenainya.

Fungsi ini akan berfungsi sebagai servis utama buat pengguna Switch untuk mengakses kandungan multi-pemain secara atas-talian bersama aplikasi khas di peranti telefon pintar pengguna. Buat masa sekarang, servis tersebut masih lagi percuma, namun bermula September ini, seperti Playstation Plus dan Xbox Live, servis atas-talian tersebut akan dikenakan bayaran.

Pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan sebilangan permainan secara percuma melalui Classic Game Selection. Manakala harga langganan Nintendo Switch Online pula bermula $3.99(~RM16) untuk sebulan sehinggalah $19.99(~RM78) untuk 12 bulan.

Hari ini secara rasmi Nintendo berkongsi lebih lanjut mengenai fungsi ini, antara maklumat yang dikongsi kan adalah melalui fungsi ini pemain akan mempunyai akses kepada storan awan untuk simpanan permainan, ini akan memudahkan untuk pemain menyimpan sebagai salinan dan juga berguna jika pemain mempunyai lebih pada satu Switch.

Untuk Classic Game Selection yang kami nyatakan di atas, pemain akan dapat bermain permainan dari konsol NES secara percuma. Pada pelancaran akan disertakan 20 permainan seperti Donkey Kong, The Legend of Zelda, Mario Bros, Super Mario Bros dan pelbagai lagi akan dimumkan kemudian.

Pelanggan fungsi juga akan mendapat pelbagai kelebihan seperti diskaun di eShop tetapi kelebihan ini akan diumumkan nanti kemungkinan besar apabila fungsi ini bermula. Selain pada harga langganan yang dinyatakan di atas, Nintendo juga mengumumkan pelan untuk keluarga dengan harga $34.99(RM138) untuk 12 Bulan anda boleh berkongsi langganan ini bersama dengan 7 lagi keluarga anda.

Fungsi ini akan boleh dilanggan bermula September ini. Apa pendapat anda mengenai fungsi ini? Adakah berbaloi atau sekadar akan dibeli untuk bermain secara atas talian?

Sohor Kini