Informasi Permainan Video Terkini
Lords Of The Fallen 2 Diumumkan – Kini Dibangunkan Oleh Defiant Studios

Lords Of The Fallen 2 Diumumkan – Kini Dibangunkan Oleh Defiant Studios

Diterbitkan pada June 4, 2018 oleh .

Bagi anda yang mengikuti perkembangan siri permainan Lords Of The Fallen, permainan pertamanya sebelum ini dibangunkan oleh Deck13 Interactive, yang mana kini mereka sedang membangunkan permainan The Surge 2.

Kini setelah empat tahun sejak pelancaran Lords Of The Fallen, CI Games, iaitu pengeluar permainan tersebut mengumumkan bahawa Lords Of The Fallen 2 kini sedang dibangunkan oleh studio pembangun yang baru iaitu Defiant Studios.

Namun ini bukanlah pertama kali permainan tersebut diumumkan kerana sebelum ini, CI Games mengumumkan Lords Of The Fallen 2 bakal tiba dan dibangunkan oleh Deck13 Interactive, namun pada tahun lepas ia dibatalkan oleh mereka.

Kini, dengan tibanya studio pembangun baru, CI Games berharap Defiant Studios dapat membawa kembali permainan tersebut secara pasaran global di konsol dan PC. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CI Games, Marek Tymiński beliau menyatakan bahawa mereka sangat kagum dengan konsep permainan yang dilakukan oleh Defiant Studios dan sangat berbangga untuk membenarkan mereka menghasilkan sekuel permainan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, tak banyak yang dikongsikan oleh CI Games dan juga Defiant Studios. Tambahan juga, Defiant Studios juga merupakan studio pembangun yang baru ditubuhkan, pada 2016 lepas dan tidak banyak lagi permainan yang dibangunkan oleh mereka.

Akan tetapi, mereka pernah terlibat dengan pembangunan permainan LA Noire versi realiti-maya sebelum ini bersama Rockstar Games menurut laman rasmi Facebook mereka.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi tambahan berkenaan Lords Of The Fallen 2 setelah diumumkan kelak oleh mereka.


TIPS & ULASAN