Informasi Permainan Video Terkini
Focus Home Interactive Berkongsi Senarai Permainan Yang Bakal Dipamerkan Ketika E3 Bulan Hadapan
PC

Focus Home Interactive Berkongsi Senarai Permainan Yang Bakal Dipamerkan Ketika E3 Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Mei 30, 2018 oleh .

Focus Home Interactive, iaitu pengeluar permainan video dari Perancis hari ini berkongsi senarai permainan video yang bakal mereka kongsikan ketika acara E3 bulan hadapan.

Antaranya adalah Insurgency: Sandstorm yang mana ia merupakan permainan seterusnya Insurgency daripada pembangun New World Interactive. Melalui acara E3, mereka bakal berkongsi informasi baru berkenaan mod multi-pemain buat permainan tersebut.

Mereka juga akan berkongsi informasi tambahan buat Farming Simulator 19 dan menurut mereka, akan terdapat kejutan khas ketika E3 berkenaan permainan tersebut.

The Surge 2 juga bakal dikongsikan oleh mereka dengan video khas bentuk permainan. Ia asalnya diumumkan Februari lepas dan permainan tersebut dibangunkan oleh Deck13.

Asobo Studio juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi permainan terbaru mereka iaitu A Plague Tale: Innocence yang meletakkan penceritaan dua watak utama Amicia dan Huga yang dikejarkan oleh sebilangan musuh.

Call Of Cthulhu juga bakal dikongsikan oleh Focus Home Interactive yang mana ia merupakan permainan seram RPG oleh pembangun, Cyanide.

Permainan seterusnya adalah Greedfall oleh pembangun Spiders dimana ia merupakan permainan aksi RPG yang bertempatkan abad ke-17.

Selain itu, Focus Home Interactive juga akan berkongsi informasi lanjut permainan Space Hulk: Tactics, Necromunda: Underhive Wars dan Fear The Wolves.

Akhir sekali, permainan Vampyr yang bakal tiba 5 Jun ini juga akan boleh dimainkan di reruai mereka bersama-sama permainan The Surge: Complete Edition dan Spintires: Mudrunner.

Bagi anda yang ingin melihat kesemua senarai acara persidangan E3 untuk tahun ini, anda boleh melayari pautan ini.


TIPS & ULASAN