Informasi Permainan Video Terkini
LA Noire: VR Case Files Akan Dilancarkan 16 Disember Ini Di HTC Vive
PC

LA Noire: VR Case Files Akan Dilancarkan 16 Disember Ini Di HTC Vive

Diterbitkan pada Dis 4, 2017 oleh .

Lanjutan daripada penangguhan permainan realiti-maya LA Noire: VR Case Files, Rockstar Games kini akhirnya mengumumkan permainan tersebut bakal dilancarkan secara rasmi pada 16 Disember ini melalui Steam dengan sokongan set realiti-maya HTC Vive.

Permainan ini asalnya akan dilancarkan bersama permainan pernambah-baikkan pada 14 November lepas. Kini permainan LA Noire: VR Case Files akhirnya mendapat tarikh pelancaran selepas penangguhan yang diumumkan bulan lepas.

Namun begitu, permainan ini tidak menyertakan keseluruhan permainan teras LA Noire dalam bentuk realiti-maya dimana ia hanyalah menyertakan sokongan sebilangan misi sahaja yang terdapat di dalam permainan penuh LA Noire. Pemain juga berupaya untuk menyiasat bahan bukti, berlawan tumbukkan dan memandu kenderaan melalui mod realiti-maya tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki permainan ini, anda boleh mendapatkanya melalui Steam dengan harga RM126. Buat masa ini, Rockstar Games tidak mengumumkan sebarang informasi berkenaan ketibaan permainan tersebut di Playstation VR mahupun set realiti-maya yang lain.

Steam : LA Noire: VR Case Files