Limited Run Games adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan permainan-permainan di dalam bentuk fizikal secara terhad. Kebanyakkan permainan yang dikeluarkan mereka adalah permainan yang asalnya hanya dilancarkan dalam bentuk digital.
Kini, melalui akaun rasmi Twitter mereka, Limited Run Games mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara persidangan khas secara langsung bersempena E3 minggu hadapan.
Catch the Limited Run Games E3 press conference when it airs live on Monday, June 11th 3PM Eastern Time at https://t.co/etJsMqrqd6 https://t.co/j720q2MOiT
— Limited Run Games (@LimitedRunGames) May 31, 2018
Persidangan tersebut akan berlangsung pada 12 Jun, jam 3 pagi pada waktu tempatan.
Sebelum ini, mereka juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan buat konsol Switch yang mana pada awalnya mereka lebih memfokuskan permainan terhad di konsol Playstation 4 dan Playstation Vita.
Buat masa ini, mereka tidak mengumumkan sebarang informasi tambahan berkenaan acara tersebut dan mungkin jika kita bakal dikejutkan oleh mereka dengan pelbagai lagi pengumuman edisi terhad permainan-permainan pada masa akan datang? Seperti biasa kami akan mengemaskininya apabila mereka mengumumkannya kelak.
Bagi anda yang ingin melihat senarai penuh acara persidangan E3 yang bakal berlangsung minggu hadapan, anda boleh melayari ke pautan ini.