Skip to main content

Menurut akaun Twitter rasmi Limited Run Games, mereka mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan permainan buat konsol Nintendo Switch bermula 2018 ini.

Limited Run Games adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan permainan-permainan di dalam bentuk fizikal secara terhad. Kebanyakkan permainan yang dikeluarkan mereka adalah permainan yang asalnya hanya dilancarkan dalam bentuk digital. Ini merupakan satu berita baik bagi pengumpul-pengumpul permainan yang menyukai permainan dalam bentuk fizikal.

Limited Run Games sebelum ini terkenal dengan pelancaran permainan di konsol Playstation 4 dan Playstation Vita akhirnya bakal melancarkan juga permainan bagi konsol Nintendo Switch bermula 2018 ini.

Bagi mereka yang mempunyai Nintendo Switch, pengeluaran permainan oleh Limited Run Games bakal menjimatkan ruangan kad Mikro SD di Nintendo Switch kerana pemain tidak lagi perlu memuat-turun permainan secara digital melalui Nintendo eShop dan mereka hanyalah perlu bermain permainan tersebut secara langsung melalui katrij permainan.

Leave a Reply