Battlefield V hanya akan hadir pada Oktober depan akan tetapi ini tidak menyekat EA untuk membuatkan pemain teruja. Minggu ini mereka mengumumkan mod Airborne untuk Battlefield V melalui kuciran di akaun Twitter mereka.
https://twitter.com/Battlefield/status/1002187967123734528
Melalui sedikit penerangan yang ditulis di kuciran, mod ini akan membolehkan pemain menyerang kawasan musuh dengan turun menggunakan payung terjun dan perlu memusnahkan meriam yang menembak kapal terbang-kapal terbang pihak anda.
Oleh kerana ini adalah PvP, anda juga boleh menjadi pihak yang bertahan dan harus membunuh musuh-musuh yang turun dan mengelakkan daripada meriam dimusnahkan. Maklumat lanjut dan video mod ini mungkin akan dikongsi di E3 kelak.
Kami menjangkakan mod ini adalah satu pertempuran yang pantas dan semestinya menyeronokkan.


