Skip to main content

Ubisoft hari ini mengumumkan permainan seterusnya untuk Assassin’s Creed akan berlaku di zaman ancient greek dan dipanggil sebagai Assassin’s Creed Odyssey yang mungkin sebagai rujukan kepada sajak terkenal zaman itu, Odyssey oleh Homer.

Melalui video acah pendek di kuciran tersebut ia memperlihatkan seorang watak menendang satu watak lagi ke jurang. Adegan yang boleh dikatakan seakan adegan di dalam filem 300.

Maklumat lanjut akan diberikan semasa E3. Menariknya semasa Ubisoft mengeluarkan senarai permainan yang akan diperlihatkan di E3, permainan ini tidak tersenarai dan mengatakan ada beberapa kejutan adakah ini salah satu daripadanya? Jadi adakah Splinter Cell masih akan berlaku?

Leave a Reply