E3 (Electronic Entertainment Expo) 2018 bakal tiba Jun ini dimana kebanyakkan syarikat-syarikat pembangun permainan sudah mula berkongsi pelbagai informasi berkenaan acara tersebut dan kini, Ubisoft akhirnya berkongsi senarai-senarai permainan yang bakal mereka kongsikan ketika di E3 kelak.
Acara persidangan oleh Ubisoft akan berlangsung pada 12 Jun, Selasa jam 4 pagi (Waktu tempatan) dimana ketika acara tersebut, mereka menyatakan bahawa mereka akan berkongsi kemaskini buat sebilangan permainan.
Antara permainan yang diumumkan adalah Tom Clancy’s The Division 2, Beyond Good & Evil 2, Skull and Bones, Starlink: Battle for Atlas, For Honor dan Transference.
Menariknya, Ubisoft juga menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan beberapa kejutan ketika E3. Seperti anda, kami sendiri pun tertanya-tanya apakah kejutan yang bakal diumumkan Ubisoft? Mungkinkah permainan Splinter Cell yang tertiris sebelum ini? Ataupun permainan baru?
Walaubagaimana pun, kami di Aksiz akan tetap berkongsi sebarangan pengumuman menjelangnya acara terbesar permainan video E3 tahun ini dimana anda boleh terus menyokong kami dengan melayari laman ini.
Bagi anda yang ingin melihat kesemua senarai acara persidangan E3 untuk tahun ini, anda boleh melayari pautan ini.