Informasi Permainan Video Terkini
Tommy Tallarico Bakal Membawa Kembali Konsol Retro Intellivision Ke Generasi Kini

Tommy Tallarico Bakal Membawa Kembali Konsol Retro Intellivision Ke Generasi Kini

Diterbitkan pada Mei 30, 2018 oleh .

Tommy Tallarico, iaitu pemuzik, composer terkenal di dalam arena industri permainan video yang mana kini diumumkan sebagai presiden buat Intellivision Entertainment. Disamping itu beliau juga mengumumkan bahawa beliau akan membawa kembali konsol retro, Intellivision pada tahun ini.

Intellivision asalnya merupakan konsol pertama yang memfokuskan permainan 16bit yang dilancarkan pada 1979 lepas. Konsol tersebut juga merupakan konsol pertama yang mempunyai lesen permainan sukan profesional dan keupayaan muat-turun permainan secara digital melalui servis PlayCable.

Kini, Intellivision Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali konsol retro tersebut ke generasi kini dengan konsep, rekaan dan pendekatan baru untuk arena permainan video.

Menurut Tommy Tallarico, konsol tersebut juga akan memfokuskan permainan seisi keluarga yang mana mereka tidak akan bertanding dengan pengeluar konsol besar seperti Microsoft, Sony ataupun Nintendo. Beliau juga menyatakan konsol tersebut tidak akan menyertakan fungsi tayangan Netflix.

Selain itu, ketika pelancaran konsol tersebut, mereka akan menyertakan 10 permainan yang boleh dimainkan secara terbina dan permainan tambahan lain boleh dimuat-turun melalui atas-talian dan disimpan di dalam kad memori SD.

Buat masa ini, Intellivision Entertainment masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan konsol tersebut dan menurut Tommy Tallarico, segala informasi tambahan akan dikongsikan pada 1 Oktober kelak.

Memandangkan sekarang, semakin ramai pihak pengeluar konsol akan membawa kembali konsol-konsol klasik mereka ke generasi kini seperti Neo Geo Mini ataupun Atari VCS, mungkin juga buat mereka yang pernah bermain konsol Intellivision akan berminat dengan konsol ini? Apakah pendapat anda berkenaan perkara ini?


TIPS & ULASAN