Skip to main content

Mac lepas, Atari mengumumkan bahawa Ataribox dinamakan Atari VCS yang mana ia merupakan ‘konsol’ oleh mereka dan ia menyertakan sebilangan permainan klasik Atari bersama permainan PC. Kini, Atari akhirnya berkongsi tarikh pra-tempahan konsol melalui kempen Indiegogo.

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, konsol tersebut menyertakan sebilangan permainan klasik Atari. Tambahan juga, menurut pengeluar konsol tersebut, Atari VCS juga akan menyokong sebilangan permainan-permainan PC memandangkan konsol tersebut mempunyai pemproses AMD dan sistem operasi Linux.

Menariknya juga, konsol tersebut juga akan menyokong resolusi 4k, HDR dan 60FPS bagi kandungan video yang mana ia bakal menjadi sistem penstriman video yang sesuai buat pengguna. Selain itu, ia juga mempunyai sebilangan fungsi lain seperti Wi-Fi, Bluetooth 5, USB 3 dan storan simpanan yang boleh diperkembangkan.

Atari VCS juga akan dijual secara dua rekaan iaitu rekaan seakan kayu diinspirasikan dari konsol Atari 2600, dan rekaan berwarna hitam-merah seakan rekaan moden. Mereka juga menyatakan bahawa konsol tersebut akan dijual bermula dengan harga $199(~RM782) dan mereka juga menyertakan sebilangan pakej tambahan lain.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan konsol Atari VCS, jangan lepaskan peluang anda untuk membuat pra-tempahan konsol tersebut bermula 30 Mei ini di laman Indiegogo.

[info] Indiegogo : Atari VCS [/info]

Leave a Reply