Informasi Permainan Video Terkini
Nioh Terjual Melebihi 2 Juta Unit Secara Global
PC

Nioh Terjual Melebihi 2 Juta Unit Secara Global

Diterbitkan pada Mei 29, 2018 oleh .

Nioh merupakan antara permainan terbaik kami untuk tahun 2017,dikeluarkan terlebih dahulu untuk Playstation 4, sebelum dikeluarkan untuk PC beberapa bulan kemudian. Permainan ini merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan pertempuran samurai dan bertempatkan di Jepun dan dibangunkan oleh Team NINJA.

Melalui kuciran di akaun Twitter mereka, Team NINJA mengumumkan yang permainan tersebut sudah terjual melebihi 2 juta unit secara global setelah setahun lebih dikeluarkan.

Dengan kualiti permainan yang diberikan kami masih merasakan 2 juta unit adalah satu jumlah yang sedikit dan Nioh layak untuk mendapat kejayaan yang lebih besar.


TIPS & ULASAN