Skip to main content

Pembangun Nioh telah mengumumkan pada bulan lepas yang mana mereka akan menawarkan permainan Nioh untuk pengguna PC bermula November kelak. Kini, seperti dijanjikan pembangunnya telah menerbitkan permainan berkenaan di Steam – sekaligus membolehkan semua pengguna yang meminatinya untuk mendapatkan ia untuk dimainkan di PC.

Nioh sebelum ini hanya ditawarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4. Bagi yang tidak mengenalinya, Nioh merupakan sebuah permainan RPG berbentuk aksi fantasi, dimana pemain akan bermain pada latar masa samurai dan melawan pelbagai musuh termasuk makhluk supernatural.

Nioh : Complete Edition boleh didapati daripada Steam pada harga RM209 hari ini.

[info]Dapatkan : Nioh Complete Edition di Steam[/info]

Leave a Reply