Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka H1Z1 Untuk PS4 Mendapat 4.5 Juta Pemain Dan 200 Ribu Pemain Serentak

Beta Terbuka H1Z1 Untuk PS4 Mendapat 4.5 Juta Pemain Dan 200 Ribu Pemain Serentak

Diterbitkan pada Mei 29, 2018 oleh .

Kemaskini

Melalui kuciran terbaru di akaun Twitter, H1Z1 kini telah mencapai 4.5 juta pemain, satu peningkatkan yang mendadak berbanding sebelum ini.

Penulisan Asal

Beta terbuka H1Z1 untuk PS4 bermula pada 22 Mei dan mengikut kuciran di akaun Twitter rasmi permainan ini, setakat ini terdapat 1.5 juta pemain yang telah mencuba permainan ini.

Disebabkan H1Z1 ditawarkan secara percuma, 1.5 juta pemain bukanlah satu yang mengejutkan tetapi tetap boleh dibanggakan. Tambahan mereka juga mengatakan yang permainan ini mencecah 200 ribut pemain serentak.

H1Z1 merupakan salah satu permainan asal Battle Royale, dan turut menjadi inspirasi untuk pelbagai permainan dibawah genre Battle Royale hari ini. Permainan ini sebelum ini telah mencapai fasa stabil untuk pemain di PC, dan ditawarkan secara percuma.

Semasa penulisan ini, H1Z1 tidak terdapat di PlayStation Store Malaysia, anda memerlukan akaun lain untuk mencubanya.


TIPS & ULASAN