Skip to main content

H1Z1 merupakan salah satu permainan awal yang mempopularkan genre permainan Battle Royale. Selepas sekian lama dibawah label Steam Early Access, baru-baru ini mereka telah melancarkan versi penuh permainan berkenaan di Steam.

Pada awalnya, ia ditawarkan secara berbayar kepada pengguna, tetapi perkara berkenaan berubah bermula hari ini.

H1Z1

Mulai hari ini, H1Z1 ditawarkan secara percuma untuk dimainkan semua – dan turut hadir dengan sokongan pembelian dalam permainan. Bagi para pemain yang sedia membeli permainan berkenaan akan ditawarkan dengan beberapa kandungan berbayar bernilai sehingga $50.

Dengan penawaran permainan ini secara percuma, ia dijangka akan meningkatkan lagi kadar pemain aktif, selain membolehkan lebih ramai mencuba permainan genre Battle Royale ini.

[download]Muat-Turun H1Z1 di Steam[/download]

Leave a Reply