Skip to main content

H1Z1 merupakan salah satu permainan asal Battle Royale, dan turut menjadi inspirasi untuk pelbagai permainan dibawah genre Battle Royale hari ini. Permainan ini sebelum ini telah mencapai fasa stabil untuk pemain di PC, dan ditawarkan secara percuma.

H1Z1 PS4

Menariknya, permainan berkenaan turut akan ditawarkan untuk para pemain konsol PlayStation 4 pada bulan hadapan.

H1Z1 akan dioptimasikan untuk kawalan pada konsol PlayStation 4, selain turut menawarkan sokongan dimainkan pada kadar 60FPS melalui PS4 Pro.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar minat untuk mencuba beta tertutup melalui laman rasmi H1Z1. Permainan ini akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna PlayStation 4 bermula 22 Mei kelak.

[info]Layari : H1Z1 PlayStation 4[/info]

Leave a Reply