Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Sunset Overdrive Akan Dikeluarkan Untuk PC
PC

(Ura-Ura) Sunset Overdrive Akan Dikeluarkan Untuk PC

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

Sunset Overdrive merupakan permainan aksi dunia terbuka yang eksklusif untuk Xbox One dibangunkan oleh Insomniac Games iaitu pembangun permainan Spider-Man yang akan dikeluarkan bulan September nanti.

Permainan ini adalah mendapat reaksi yang sangat positif dan sering dibanggakan oleh pemilik Xbox One sebagai permainan eksklusif mereka. Mungkin perkara itu akan bertukar apabila berdasarkan penyenaraian di Korean Game Rating Board.

Berdasarkan ura-ura sebelum ini seperti Super Bomberman R dan Football Manager Touch 2018 yang bersumberkan dari Korean Game Rating Board boleh dikatakan ura-ura ini akan menjadi betul.

Kami menjangkakan permainan ini akan diumumkan secara rasmi untuk PC tidak lama lagi dan sudah semestinya tidak sabar untuk mencubanya di PC kelak.


TIPS & ULASAN