Informasi Permainan Video Terkini
Battlefield V Mungkin Akan Kembali Ke Perang Dunia Ke-2
PC

Battlefield V Mungkin Akan Kembali Ke Perang Dunia Ke-2

Diterbitkan pada Mei 22, 2018 oleh .

Satu perkara yang EA nampaknya sering lakukan untuk permainan terbaru mereka dari siri Battlefield iaitu Battlefield V adalah mengeluarkan video acah.

Sebelum ini mereka menggunakan Trevor Noah untuk membuat pengumuman awal mengenai permainan ini sebelum mengeluarkan kuciran rasmi.

Maklumat lanjut akan dikongsi pada 23 Mei nanti tetapi itu tidak menghalang EA untuk mengeluarkan satu lagi video acah. Melalui video terbaru yang dikongsi di Twitter memperlihatkan watak seorang tentera yang menyuruh agar kita(?) diam.

Video tersebut terlalu pendek untuk mendapatkan maklumat lanjut akan tetapi menariknya berdasarkan pemerhatian PC Gamer, bendera yang terdapat di atas video tersebut adalah Balkenkreuz iaitu bendera yang digunakan oleh Jerman pada Perang Dunia Kedua ini boleh dikatakan mengesahkan ura-ura sebelum ini.

Walaupun masih tidak disahkan lagi, akan tetapi kini kita boleh jangkakan Battlefield V berlaku di Perang Dunia Kedua iaitu pertama kali selepas Battlefield pertama iaitu Battlefield 1942.


TIPS & ULASAN