Pelawak dan penulis Trevor Noah hari ini mengeluarkan satu Tweet di akaun Twitter beliau yang mana memperacahkan permainan Battlefield seterusnya oleh EA.
#ad The rumors are true (rumors that I started, but still…) I will be hosting the @Battlefield Live Reveal on Wed, May 23rd. Catch it streaming live on the #Battlefield YouTube. V EXCITING! pic.twitter.com/7B3fpTpQ6x
— Trevor Noah (@Trevornoah) May 16, 2018
Melalui Tweet beliau, beliau menyatakan pada 23 Mei ini, beliau akan menjadi hos buat acara khas berkenaan permainan Battlefield yang diumumkan oleh EA baru-baru ini.
Menariknya juga, Trevor Noah juga memperacahkan logo berbentuk huruf “V” iaitu jika dalam bentuk roman, ia adalah nombor lima. Sekaligus ura-ura berkenaan permainan seterusnya Battlefield, mungkin akan dinamakan sebagai Battlefield V seperti imej yang tertiris Mac lepas.
Walaubagaimana pun, buat masa sekarang EA mahupun DICE masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut. Tampaknya kita perlu menanti pada 23 Mei ini untuk mengetahui sebarang informasi lanjut. Seperti biasa, kami akan berkongsinya setelah EA mengumumkannya kelak.
Kemaskini
EA akhirnya berkongsi dan memperlihatkan logo terbaru buat permainan Battlefield V melalui akaun rasmi Twitter permainan tersebut.
https://twitter.com/Battlefield/status/996797521614819329
Tweet ini sekaligus memastikan bahawa permainan Battlefield seterusnya akan dinamakan Battlefield V.