Jika sebelum ini Adult Swim mempertontonkan iklan God of War dalam bentuk animasi stop-motion kini giliran Blizzard untuk melakukan perkara yang sama. Bersempena ulang tahun ke-2 Overwatch, Blizzard mengeluarkan animasi stop-motion yang memperlihatkan dua watak utama Overwatch iaitu Tracer dan Reaper.
Melalui video yang diberi tajuk Trace & Bake ini, Tracer cuba mengajak Reaper untuk menyambut ulang tahun tersebut akan tetapi ditolak kerana Reaper adalah Reaper, tetapi Tracer tidak berhenti di situ. Selebihnya anda boleh menonton sendiri dan bagi kami sangat comel.
Turut dikeluarkan adalah video di-belakang tabir yang memperlihatkan bagaimana mereka berjaya mereka animasi tersebut. Bersempena ulang tahun ini Blizzard juga telah mengumumkan pelbagai acara termasuk dapat bermain Overwatch secara percuma, jangan lepaskan peluang ini.