Skip to main content

Robot Chicken, iaitu siri animasi stop-motion oleh Adult Swim minggu ini mempertontonkan iklan khas buat permainan God Of War yang mana mereka mempamerkan sebilangan adegan-adegan lucu bersama watak-watak dari permainan tersebut bermain bola keranjang.

https://www.youtube.com/watch?v=TyrMHAWTK5c

Melaluinya, Kratos bersama Atreus tampaknya akan belajar bagaimana untuk bermain bola keranjang bersama sebilangan watak-watak Robot Chicken bermain bersama. Video iklan tersebut sememangnya agak kelakar, namun kami tertarik dengan rekaan figura yang dihasilkan oleh Robot Chicken tersebut.

God Of War sememangnya menjadi satu fenomena hebat buat permainan video baru-baru ini yang mana ianya mencapai hasil jualan 3.1 juta unit dengan hanya 3 hari selepas pelancaran sahaja. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan ini, anda boleh membacanya disini.

Leave a Reply