Informasi Permainan Video Terkini
Overwatch Boleh Dimainkan Secara Percuma Pada 26 Hingga 29 Mei Ini Sempena Ulang Tahun Ke-2 Permainan
PC

Overwatch Boleh Dimainkan Secara Percuma Pada 26 Hingga 29 Mei Ini Sempena Ulang Tahun Ke-2 Permainan

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

Bersempena dengan ulang tahun ke-2 permainan Overwatch, Blizzard hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan acara khas ulang tahun permainan tersebut bermula 23 Mei ini.

Selain itu bagi mereka yang belum lagi mempunyai permainan tersebut, Blizzard akan mengadakan sesi percubaan khas dimana anda berpeluang untuk bermain permainan tersebut secara percuma bermula 26 hingga 29 Mei ini di Playstation 4. Xbox One dan PC.

Sesi percubaan tersebut boleh dimainkan bermula jam 2 pagi pada 26 Mei dan anda boleh memuat-turun permainan tersebut bermula 23 Mei ini melalui kedai atas-talian permainan di PSN, Xbox One dan Aplikasi Battle.net.

Seperti sesi percubaan Overwatch sebelum ini, anda berupaya untuk mencuba kesemua mod yang ada di dalam permainan ini tanpa had dan jika anda mengambil keputusan untuk membeli permainan tersebut, anda boleh terus menyambung kesemua kemajuan anda tanpa perlu bermula dari awal.

Buat acara Overwatch ulang tahun pula, Blizzard bakal mengadakan acara tersebut pada 23 Mei ini dengan peta kawasan baru, Petra dan lebih dari 50 barangan kosmetik permainan yang pemain boleh dapatkan. Antaranya adalah 8 kostum Legendary baru bersama 3 kostum Epic.

Menariknya juga, kesemua kostum-kostum terhad yang dilancarkan mengikut musim juga akan kembali ketika acara ini yang mana ia memberi peluang untuk mendapatkan kostum dan barangan tersebut. Selain itu kesemua mod Brawls Arcade sebelum ini juga akan kembali dan akan bergilir-gilir bertukar setiap hari.


TIPS & ULASAN