Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Permainan Seterusnya Battlefield V Akan Bertempatkan Di Perang Dunia Kedua

(Ura-Ura) Permainan Seterusnya Battlefield V Akan Bertempatkan Di Perang Dunia Kedua

Diterbitkan pada Mac 2, 2018 oleh .

Setelah kejayaan Battlefield 1 yang dilancarkan 2016, tampaknya EA mungkin akan melancarkan siri permainan Battlefield terbaru, yang dinamakan Battlefield V, iaitu “V” bernomber 5 berdasarkan angka roman.

Menurut laporan PC Gamer, imej diatas tertiris oleh pengguna Reddit yang mana ia memaparkan logo baru Battlefield V. Menariknya juga, mereka juga melaporkan bahawa permainan seterusnya Battlefield akan bertempatkan ketika perang dunia kedua, seperti Call of Duty WW2 yang dilancarkan tahun lepas. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan sekitar Oktober ini.

Walaupun ini masih lagi ura-ura dan EA dan EA DICE masih belum mengumumkan sebarang pengumuman. Namun ini merupakan khabar angin yang menarik memandang tajuk permainan Battlefield V, tampaknya menjanjikan permainan seterusnya Battlefield yang mana Battlefield 4 dilancarkan 2013 lepas.

Menariknya juga, jika permainan Battlefield seterusnya bertempatkan di perang dunia kedua, mungkin juga kita bakal menyaksikan permainan penembak pandang pertama sekarang kembali ke zaman lampau berbanding sebelum ini dimana mereka memfokuskan peperangan futuristik.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini berita ini selepas EA mengumumankan sebarang kemaskini kelak.


TIPS & ULASAN