Informasi Permainan Video Terkini
EA Memperacahkan Pengumuman Battlefield Seterusnya – Bakal Dikongsikan Pada 23 Mei Ini

EA Memperacahkan Pengumuman Battlefield Seterusnya – Bakal Dikongsikan Pada 23 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 10, 2018 oleh .

Tampaknya permainan Battlefield seterusnya oleh Electronic Arts (EA) mungkin akan diumumkan pada masa terdekat ini dimana mereka kini memperacahkan laman baru mereka dengan pautan bernama “Never Be The Same” melalui laman EA.

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa permainan Battlefield seterusnya akan bernama Battlefield V dan mungkin akan bertempatkan di perang dunia kedua. Namun begitu, dengan bertajuk “Never Be The Same”, iaitu ia tidak akan sama, permainan seterusnya Battlefield mungkin akan menyertakan sebilangan mod-mod permainan yang baru dan akan mereka mungkin akan menyertakan mod Battle Royale seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Walaupun begitu, kita mungkin akan mengetahuinya lebih lanjut menjelang 23 Mei ini apabila EA berkongsinya secara rasmi kelak.

 


TIPS & ULASAN