Shenmue III Ditunda Sehingga Tahun 2019

Deep Silver hari ini mengumumkan bahawa permainan akan datang, Shenmue III akan ditunda sehingga tahun 2019. Sebelum ini permainan ini dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini.

Menurut Deep Silver, mereka masih lagi memerlukan masa untuk menaik-taraf kualiti permainan tersebut sekaligus akan melancarkannya buat jangka masa yang lebih bersesuaian.

Yu Suzuki juga memohon maaf melalui laman Kickstarter permainan tersebut dimana beliau berjanji untuk mengambil tempoh masa yang ditundakan tersebut untuk meningkatkan lagi kualiti permainan Shenmue III.

Ini bukan sesuatu yang mengejutkan bagi kami memandangkan permainan tersebut mempunyai beberapa rupa visual yang nampaknya masih sedikit cacat cela ketika dikongsikan sebelum ini. Namun ia agak mengecewakan terutamanya bagi mereka yang menanti permainan tersebut kerana sebelum ini mereka mengesahkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan tahun ini.

Shenmue III merupakan permainan sekuel kepada Shenmue II yang dikeluarkan pada tahun 2001 lepas di konsol Dreamcast. Ia asalnya diumumkan pada 2016 lepas dan didana melalui Kickstarter oleh peminat. SEGA juga sebelum ini juga berkongsi bahawa mereka akan melancarkan permainan pernambah-baikkan Shenmue I dan Shenmue II. Buat masa ini, ia dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4 dan PC.

Sohor Kini