Skip to main content

Bersempena dengan acara Mocaco Anime Game International Conferences (MAGIC) 2018 yang berlangsung hujung minggu lepas, Ys Net berkongsi empat paparan skrin terbaru bagi permainan Shenmue III yang memaparkan sebilangan watak-watak dari permainan tersebut.

Melalui paparan skrin yang dikongsikan, tampaknya permainan tersebut mendapat sebilangan pernaik-tarafan dari segi visual grafik berbanding sebelum paparan skrin yang dikongsikan oleh Ys Net sebelum ini. Paparan skrin tersebut juga memaparkan sebilangan watak-watak baru termasuklah antagonis yang dikongsikan oleh mereka sebelum ini.

Shenmue III merupakan permainan sekuel kepada Shenmue II yang dikeluarkan pada tahun 2001 lepas di konsol Dreamcast. Ia asalnya diumumkan pada 2016 lepas dan didana melalui Kickstarter oleh peminat. Deep Silver, iaitu syarikat pengeluar permainan juga akan bekerjasama bersama Ys Net untuk mengeluarkan permainan tersebut buat pasaran global. Buat masa ini, ia dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini konsol Playstation 4 dan PC.

Leave a Reply