Melalui akaun Twitternya, Cedric Biscay, presiden kepada Shibuya Production iaitu syarikat yang bertanggungjawab untuk mengurus pemasaran dan pengeluaran Shenmue III mengacah permainan ini yang dibangunkan oleh Ys Net akan dikeluarkan pada tahun ini untuk konsol PC dan PS4.

Selain itu, melalui video yang di muat naik di Kickstarter, Pengarah Shenmue III Yu Suzuki juga memperkatakan beberapa perkembangan terbaru.  Menurut beliau dengan mengunakan Unreal Engine 4 kualiti grafik permainan ini menjangkaui apa yang mereka harapkan tetapi dia bertegas yang Shenmue III tidak boleh dibandingkan dengan permainan bertaraf Triple-A.

Selain dari mengatakan yang beliau sangat berpuas hati dengan perkembangan watak Shenhua, permainan ini juga akan mempunyai sebanyak 100 watak yang berlainan.  Setiap watak ini akan mempunyai kesan yang tersendiri dalam penceritaan dan juga mempunya personaliti berlainan.

Dari segi pertempuran, beliau ingin membawa sesuatu yang berlainan dengan permainan Shenmue sebelum ini dan akan lebih memfokuskan kepada elemen tekaria dan QTE.  Beliau mengakhiri dengan menyatakan perkara yang penting mengenai Shenmue adalah bagaimana watak-watak menjalani kehidupan harian mereka.

Shenmue III merupakan sekuel kepada Shenmue II yang dikeluarkan pada tahun 2001.  Shenmue III yang pertama kali diumumkan semasa sidang media Sony di E3 2015 lepas menerima sambutan yang hangat dari peminat yang sudah lama menanti sambungan kepada permainan ini.  Shemue III juga menerima dana sebanyak RM 24 Juta melalui Kickstarter.

Jika kuciran ini adalah tepat ini semestinya satu berita yang baik bukan sahaja untuk peminat yang sudah membayar melalui Kickstarter tetapi juga untuk peminat yang menanti permainan ini dikeluarkan.

Sohor Kini