Informasi Permainan Video Terkini
Konsol Ataribox Menggunakan Cip AMD Dan Menjalankan Sistem Berasaskan Linux

Konsol Ataribox Menggunakan Cip AMD Dan Menjalankan Sistem Berasaskan Linux

Diterbitkan pada Sep 27, 2017 oleh .

Beberapa maklumat baru mengenai konsol Ataribox kini diketahui selepas imej acah diperlihatkan oleh pihak Atari beberapa minggu yang lepas.

Menurut laporan VentureBeat, Ataribox ialah konsol yang menggunakan sistem operasi Linux. Dari segi perkakasan ia diperkasakan cip pemproses AMD dan kad grafik Radeon. Ini membolehkan ia memainkan permainan PC, menstrim kandungan video, menjalankan aplikasi, melayari web dan memainkan permainan-permainan klasik Atari.

Ini bermakna Ataribox turut boleh memainkan permainan komputer yang menyokong Linux. Ataribox akan dilancarkan pada musim bunga tahun hadapan dengan harga di antara $250-300 (~RM 1053-1264) sebuah. Rekaannya amat retro dengan kemasan kayu sejati, meminjam rekabentuk konsol Atari 2600 yang dilancarkan 40 tahun yang lalu. Apabila dihidupkan, logo Atari pada bahagian hadapan akan menyala dengan lampu merah. Apakah pendapat anda tentang konsol merangkap PC mini ini?