Skip to main content

Tahun lepas, Atari mengumumkan konsol Ataribox yang mana ia merupakan konsol terbaru oleh mereka yang akan menyertakan sebilangan permainan klasik Atari bersama permainan PC. Kini, Atari akhirnya mengumumkan nama rasmi bagi konsol tersebut iaitu Atari VCS.

Menurut Atari, tarikh pra-tempahan bagi Atari VCS akan diumumkan pada April kelak dimana menurut mereka ia akan berharga bermula $250(~RM982) sehingga $300(~RM1178).

Menariknya juga, selain daripada penyertaan permainan klasik Atari, Atari VCS juga akan menyokong sebilangan permainan-permainan PC memandangkan konsol tersebut mempunyai pemproses AMD dan sistem operasi Linux.

Walaubagaimana pun, Atari masih lagi belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan Atari VCS dan seperti biasa kami akan berkongsinya apabila mereka mengumumkannya April kelak.

Leave a Reply