Informasi Permainan Video Terkini
Taki Tertiris Sebagai Watak Seterusnya Buat Permainan Soul Calibur VI
PC

Taki Tertiris Sebagai Watak Seterusnya Buat Permainan Soul Calibur VI

Diterbitkan pada Mei 1, 2018 oleh .

Bandai Namco baru-baru ini sering berkongsi watak-watak yang bakal tiba buat permainan perlawanan akan datang, Soul Calibur VI yang mana kini, watak Taki tertiris dan ia bakal tiba buat permainan tersebut.

Bagi anda yang meminati siri Soul Calibur, anda pasti gembira kerana watak Taki yang asalnya diperkenalkan ketika Soul Edge bakal tiba buat permainan Soul Calibur terbaru tersebut.

Namun buat masa ini, Bandai Namco masih belum mengumumkannya secara rasmi. Sebelum ini, Bandai Namco juga mengumumkan watak Siegfried dan Geralt of Rivia dari permainan The Witcher bakal tiba buat permainan tersebut.

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Soul Calibur VI dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN