Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain Soul Calibur VI, Bandai Namco hari ini berkongsi satu lagi watak daripada siri asal Soul Edge bakal tiba di permainan perlawanan mereka akan datang iaitu Siegfried Schtauffen. Bersama pengumuman tersebut, Bandai Namco juga berkongsi satu trailer khas yang mempertontonkan sebilangan bentuk pertempuran watak tersebut.

Bagi anda yang baru buat siri permainan Soul Calibur, Siegfried merupakan salah satu watak antagonis utama di dalam siri Soul Calibur II dan beliau kembali sebagai watak protagonis untuk siri berikutnya. Siegfriend  juga merupakan watak asli yang asalnya diperkenalkan buat permainan asal Soul Calibur, iaitu Soul Edge.

Dengan penyertaan watak Siegfried, sekaligus permainan ini sememangnya akan menjadi lebih menarik buat mereka yang meminati siri Soul Calibur. Tambahan, bersama watak Geralt Of Rivia dari siri permainan The Witcher, tampaknya Soul Calibur VI akan menjadi salah satu permainan yang paling dinantikan oleh peminat permainan perlawanan buat tahun 2018 ini.

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Soul Calibur VI dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini