Informasi Permainan Video Terkini
CD Projekt Red Berkongsi Lanjut Berkenaan Watak Geralt Of Rivia Buat Permainan Soul Calibur VI
PC

CD Projekt Red Berkongsi Lanjut Berkenaan Watak Geralt Of Rivia Buat Permainan Soul Calibur VI

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Beberapa minggu lepas, Bandai Namco mengumumkan bahawa Geralt Of Rivia daripada siri permainan The Witcher bakal tiba buat permainan perlawanan Soul Calibur VI. Kini, Bandai Namco dan CD Projekt Red berkongsi informasi lanjut berkenaan watak termasuklah teknik pertempuran beliau.

Menurut CD Projekt Red, penglibatan watak Geralt kali ini merupakan buat pertama kalinya beliau berada di dalam permainan lain selain daripada siri The Witcher, sekaligus mereka ingin membawa watak tersebut bukan sahaja buat peminat siri The Witcher, malah buat mereka yang baru dengan beliau.

CD Projekt Red juga menyatakan bahawa mereka akan membawa segala kemahiran-kemahiran Geralt bukan sahaja teknik pertempuran pedang beliau, malah segala kemahiran magis Sign bersama.

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakan. Soul Calibur VI dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.