Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy Brave Exvius Menganjurkan Acara Bersama Siri Permainan Dragon Quest

Final Fantasy Brave Exvius Menganjurkan Acara Bersama Siri Permainan Dragon Quest

Diterbitkan pada Apr 30, 2018 oleh .

Jika sebelum ini permua Final Fantasy Brave Exvius menganjur acara bersama siri permainan lain seperti Tomb Raider dan Nier Automata kali ini bersempena pengeluaran Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age pada 4 September ini acara bersama siri permainan Dragon Quest pula dianjurkan.

Bermula hari ini dan untuk masa terhad pemain yang bermain berpeluang untuk melawan penjahat secara berturut-turut. Watak penjahat Dragon Quest iaitu Golem dan Robbin boleh dijumpai melalui pertempuran biasa manakala Dragonloard dan Orochi dianggap sebagai boss. Medals yang diterima pemain melalui pertempuran ini boleh ditukar untuk mendapat pelbagai peralatan dari siri permainan Dragon Quest.

Selain itu pemain juga berpeluang untuk summon watak seperti Dragon loard, Liquid Metal Slime, Robbin’ ‘Ood, Golem, Killing Machine dan Orochi. Untuk hadiah harian pemain akan mendapat Slime setiap hari dan juga boleh ditukar menggunakan medals.

Untuk masa ini kami tidak menerima sebarang maklumat bila acara masa terhad ini akan berakhir tetapi kebiasaan adalah seminggu. Baru-baru ini permua ini dimuat-turun sebanyak 30 juta kali, adakah anda antaranya?


TIPS & ULASAN