Square Enix mengumumkan permua Final Fantasy Brave Exvius (FFBE) telah mencapai jumlah muat turun sebanyak 30 juta kali di serata dunia. Untuk meraikan pencapaian ini pelbagai acara di dalam permainan akan dianjurkan.
Acara “30 Million Dowloads Raffle” akan bermula pada 22 Mac nanti, untuk semua pemain yang menyelesaikan acara ini sebelum 31 Mac mereka akan berpeluang untuk memenangi lapis iaitu mata wang di dalam permainan ini. Pembahagian adalah berdasarkan cabutan bertuah dan hadiah seperti berikut.
Pemain juga berpeluang untuk mendapat hadiah di dalam permainan iaitu
30 Million Downloads Celebration Free Summon – bermula hari ini sehingga 19 Mac, pemain boleh summon banner khas sekali untuk sehari. Tambahan pemain yang memasuki permainan dari 2 Mac sehingga 30 Mac akan mendapat 10+1 tiket summon percuma.
Special 30 Million Downloads Celebratory Summon Banner – Setiap hari akan mendapat satu tiket 30 Million Downloads Celebration bermula 22 Mac sehingga 4 April. Setiap summon membolehkan pemain untuk mendapat 2 watak dan juga satu 5% trust moggle berdasarkan watak.
Walaupun jumlah muat turun bukanlah menggambarkan jumlah sebenar pemain akan tetapi ini merupakan pencapaian yang baik untuk permua ini. Tahniah kami ucapkan kepada Square Enix dan gumi Inc sebagai pembangun permainan ini.