Informasi Permainan Video Terkini
Zamasu (Fused) Diumumkan Sebagai Watak DLC Seterusnya Buat Dragon Ball FighterZ
PC

Zamasu (Fused) Diumumkan Sebagai Watak DLC Seterusnya Buat Dragon Ball FighterZ

Diterbitkan pada Apr 26, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini akhirnya berkongsi watak DLC terbaru buat permainan perlawnaan Dragon Ball FighterZ iaitu Zamasu Fused.

Zamasu Fused merupakan watak hasil dari pencantuman antara watak Zamasu dan Goku Black dengan penggunaan subang Potara. Melalui watak ini, pemain berupaya untuk melakukan pelbagai jenis serangan yang kuat seperti dari siri anime Dragon Ball Super.

Menariknya, Zamasu Fused akan membenarkan pemain untuk terapung di udara sepanjang sesi perlawanan dan beliau berupaya untuk bergerak ke mana-mana arah pergerakkan sekaligus memberi bentuk permainan yang berlainan daripada watak-watak lain di dalam permainan tersebut.

Buat masa ini, Bandai Namco masih belum berkongsi tarikh pelancaran bagi watak tersebut. Namun, Zamasu Fused merupakan watak DLC ketiga selepas Bardock dan Broly yang diumumkan bulan lepas.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia dilancarkan pada Januari lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel ini untuk membacanya.


TIPS & ULASAN