Skip to main content

Selepas pengumuman Sonic Mania Plus pada bulan lepas oleh SEGA, mereka kini akhirnya berkongsi tarikh pelancaran bagi permainan tersebut iaitu pada 17 Julai ini yang mana ia akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan. Tampaknya, SEGA tidak sabar untuk melancarkan edisi lengkap permainan tersebut memandangkan baru-baru ini, permainan Sonic Mania juga dilaporkan telah menjual sebanyak 1 juta salinan.

Sonic Mania Plus akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC bermula 17 Julai ini. Ia merupakan edisi lengkap buat permainan tersebut dimana versi fizikal juga diumumkan oleh SEGA. Versi fizikal permainan tersebut akan menyertakan penutup slip berholografik bersama penutup yang boleh ditukar depan dan belakang dengan rekaan SEGA Genesis. Tambahan juga, versi fizikal permainan tersebut juga akan menyertakan buku karya seni khas Sonic Mania.

Sonic Mania Plus juga akan memperkenalkan dua watak baru iaitu Mighty the Armadillo dan Ray the Flying Squirrel. Selain daripada itu, permainan tersebut juga akan menyertakan mod baru Encore dan keupayaan untuk bermain secara multi-pemain sehingga empat pemain.

Menurut SEGA, bagi mereka yang sudah memiliki permainan Sonic Mania, SEGA akan menyertakan DLC pernambahan Encore yang mana pemain sedia ada boleh beli untuk mendapatkan sega kandungan tambahan tersebut.

Leave a Reply