Awal Februari lepas, SEGA menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan sesuatu yang baru buat siri Sonic dimana kini, SEGA akhirnya mengumumkan sebilangan kandungan baru buat siri tersebut bersama permainan perlumbaan baru Sonic Racing.
Bagi anda yang mengikuti siri permainan perlumbaan Sonic, SEGA hari ini memperacahkan permainan terbaru bagi siri tersebut dengan memaparkan trailer yang hanya mempamerkan sebahagian daripada logo permainan tersebut. Namun, memandangkan mereka memfokuskan huruf “R”, sekaligus kami berasa ia sememangnya adalah permainan seterusnya untuk Sonic Racing.
Sonic Mania goes packaged with Sonic Mania Plus! Mighty and Ray join as playable characters, new Encore mode, 4P Competition mode, Holographic packaging, 32-page art book, and more. Summer 2018. pic.twitter.com/4U74kJ7xuG
— Sonic the Hedgehog (@sonic_hedgehog) March 16, 2018
Selain itu, SEGA juga mengumumkan permainan Sonic Mania Plus yang mana mereka akan menyertakan sebilangan kemaskini terbaru bagi permainan Sonic Plus, bersama dua watak baru dan sebagainya. Menariknya juga, Sonic Mania Plus akan dijual secara fizikal yang akan menyertakan buku karya seni dan sebagainya. Menariknya juga, Sonic Mania Plus ini akan mempunyai sebilangan mod permainan terbaru seperti sokongan untuk bermain sehingga empat pemain.
Menurut SEGA, Sonic Mania Plus akan dilancarkan pada musim panas tahun ini dan bagi mereka yang mempunyai Sonic Mania, pemain akan menerima kemaskini Sonic Mania Plus secara percuma.
Tambahan juga, bagi mereka yang berminat untuk menonton animasi Sonic, SEGA juga mengumumkan siri animasi Sonic Mania Adventures. Menurut SEGA, siri animasi tersebut akan mempunyai lima episod dan pasukan yang bertanggungjawab untuk animasi permainan Sonic Mania akan menghasilkan animasi tersebut. SEGA juga menyatakan bahawa episod pertama animasi pendek tersebut akan dilancarkan secara percuma pada masa akan datang.