Sonic Mania dikeluarkan pada 16 Ogos 2017 untuk Playstation 4, Xbox One dan Nintendo Switch manakala untuk PC dikeluarkan pada 30 Ogos 2017. Melalui laporan oleh majalah Famitsu, Sega mengumumkan permainan tersebut sudah terjual 1 juta unit secara global.
Kami tidak terkejut dengan kejayaan ini kerana selepas dikeluarkan permainan ini menerima pelbagai reaksi positif daripada pemain dan juga media.
Penambahan Sonic Mania Plus yang bakal tiba tidak lama lagi secara percuma akan memberikan lebih banyak pengisian untuk permainan ini dan sudah semestinya akan menambah jumlah permainan ini terjual. Anda sudah mencuba permainan Sonic ini?