Sony hari ini akhirnya melancarkan permainan seram Stifled buat pasaran Malaysia melalui Playstation Store. Permainan tersebut berharga RM79 dan anda boleh membelinya sekarang.

Permainan tersebut asalnya dilancarkan pada Oktober 2017 lepas buat pasaran global yang mana kini akhirnya ia tiba secara rasmi buat pasaran Malaysia. Pada Playstation Experience 2017 SEA lepas, kami juga berkesempatan untuk memberi pandang pertama buat permainan tersebut.

Bagi anda yang pertama kalinya mendengar berkenaan permainan ini, Stifled merupakan permainan seram yang dibangunkan oleh Gattai Games, iaitu sebuah studio pembangun permainan dari Singapura. Stifled merupakan permainan seram realiti-maya yang dibangunkan buat konsol Playstation 4 dan PC. Menariknya, permainan ini juga boleh dimainkan secara realiti-maya dengan menggunakan Playstation VR dan pemain juga berupaya untuk mengimplikasikan pengguna mikrofon di fon kepala PSVR tersebut untuk bermain permainan ini.

Bagi anda yang meminati siri genre permainan seram, permainan ini pastinya akan menjadi permainan yang sangat menarik untuk ditambahkan di dalam koleksi permainan anda.

PSN Store : Stifled

Sohor Kini