Permainan seram dan realiti-maya sememangnya merupakan kombinasi permainan yang sangat serasi. Bersempena bulan Halloween ini, Gattai Games akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan Stifled iaitu pada 31 Oktober di Playstation 4 dan Playstation VR.
Stifled adalah permainan yang dibangunkan di Singapura oleh Gattai Games dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment. Permainan ini merupakan permainan seram realiti-maya yang bakal dilancarkan di Playstation 4 dan juga PC. Permainan ini juga boleh dimainkan dengan menggunakan Playstation VR dan pemain juga berupaya untuk mengimplikasikan pengguna mikrofon di fon kepala PSVR tersebut untuk bermain permainan ini.
Pada PSX 2017 SEA yang lepas, kami di Aksiz juga berpeluang untuk mencuba dan berkongsi pandang pertama berkenaan permainan tersebut. Walaubagaimana pun, Gattai Games masih lagi tidak berkongsi harga bagi permainan tersebut. Seperti biasa kami di Aksiz akan berkongsinya selepas mereka berkongsi informasi tersebut.
Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan Stifled ini, anda boleh tandakan kalendar anda pada 31 Oktober ini untuk mendapatkan permainan ini.