Informasi Permainan Video Terkini
Detroit: Become Human Telah Siap Dibangunkan – Demo Permainan Kini Boleh Dimuat-Turun

Detroit: Become Human Telah Siap Dibangunkan – Demo Permainan Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Apr 24, 2018 oleh .

Quantic Dream hari ini mengumumkan bahawa permainan mereka akan datang, Detroit: Become Human kini telah siap dibangunkan. Detroit: Become Human ialah permainan terbaru oleh David Cage dan Quantic Dream yang mana ia bakal dilancarkan pada 25 Mei ini secara esklusif buat konsol Playstation 4.

Melalui kenyataan rasmi Quantic Dream di blog rasmi Playstation, Guillaume de Fondaumière penerbit permainan tersebut menyatakan bahawa sangat berbangga dengan hasil permainan yang dibangunkan oleh mereka sepanjang empat tahun tersebut. Beliau juga menyatakan sepanjang proses pembangunan tersebut, mereka menempuhi pelbagai cabaran untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang istimewa dan unik buat pemain.

Detroit: Become Human, yang mana ia memfokuskan permainan secara penceritaan, pemain bukan sahaja akan mengawal watak-watak permainan tersebut, malah akan membawa keseluruhan penceritaan sekaligus setiap pilihan dan aksi yang dilakukan oleh pemain akan membenarkan pemain menjadi penulis dan pengarah buat permainan tersebut.

Selain daripada pengumuman tersebut, Quantic Dream juga mengumumkan bahawa demo permainan tersebut kini boleh dimuat-turun melalui Playstation Store secara percuma. Demo yang bersaiz 3GB tersebut akan membenarkan pemain untuk bermain sebagai Connor, iaitu Android dari Cyberlife dimana pemain perlu menyelesaikan masalah tebusan antara Android lain. Demo tersebut juga merupakan demo permainan yang kami kongsikan ketika acara Playstation Experience SEA 2017 lepas.

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, demo tersebut bakal mempunyai pelbagai pengakhiran yang berbeza yang mana pemain berupaya untuk mendapatkannya dengan melakukan sebilangan penyelesaian yang berbeza.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan Detroit: Become Human, jangan lepaskan peluang untuk memuat-turun demo permainan tersebut secara percuma bermula hari ini.

Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan permainan tersebut, ia kini boleh dipra-tempah dimana-mana pengedar rasmi Playstation, bermula dengan harga RM209.

Muat-Turun : Demo Detroit: Become Human