Campo Santo, iaitu pembangun bagi permainan Firewatch dan permainan akan datang, In The Valley Of Gods hari ini mengumumkan bahawa Valve kini memiliki studio pembangun permainan tersebut.
Menurut Campo Santo, permainan In The Valley Of Gods yang diumumkan pada The Game Awards tahun lepas, akan dilancarkan oleh Valve. Selain itu, mereka juga menyatakan Valve tidak menghalang sebarang kebebasan kreatif mereka dan mereka akan terus membangunkan permainan.
Dengan pemilikian ini, Campo Santo sememangnya akan bergerak di bawah Valve dimana permainan-permainan yang dibangunkan oleh mereka pada masa akan datang, akan dilancarkan oleh Valve. Menariknya juga, menurut laporan Polygon, permainan yang dibangunkan oleh Campo Santo tidak akan dilancarkan secara esklusif di PC walaupun dibawah Valve. Keseluruh permainan mereka akan dibangunkan buat kesemua platform.