Campo Santo iaitu pembangun permainan yang mana sebelum ini di Video Game Awards, mereka mengumumkan permainan In The Valley Of Gods, kini mengumumkan permainan Firewatch. iaitu permainan pertama mereka akan dilancarkan buat konsol Nintendo Switch.

Firewatch merupakan permainan pengembaraan yang bertempatkan di tahun 1989 dimana anda akan bermain sebagai seorang pegawai penjaga hutan dimana dan anda akan dibantu oleh seorang lagi pegawai bernama Delilah melalui panggilan radio. Sepanjang permainan tersebut, anda perlu menyelesai sebilangan misteri bersama meneroka kawasan-kawasan hutan Wyoming.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 2016 lepas.

Sohor Kini