Pada awal 2016 lepas, kita dikejutkan dengan permainan indi Firewatch oleh Campo Santo yang mempunyai penceritaan yang sangat menarik walaupun ia hanyalah sebuah permainan ‘simulasi perjalanan’. Kini, ketika acara The Game Awards 2017 yang berlangsung hari ini, Campo Santo akhirnya mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu In The Valley Of Gods.

https://www.youtube.com/watch?v=ceJcHUoO734

Menurut Campo Santo, permainan tersebut mempunyai bentuk permainan seakan Firewatch yang memfokuskan sudut pandang pertama. Permainan ini akan meletakan pemain di Mesir pada tahun 1920 dimana pemain akan mengembara dan meneroka kawasan tersebut untuk mencari harta karun dan penemuan menarik.

Campo Santo menyatakan permainan ini akan dilancarkan di PC dan Mac pada tahun 2019 ini.

Sohor Kini